Thursday, February 01, 2007

Ayuh kita sapu keluar kekotoran dari Negeri Selangor



Sejak Selangor diisytiharkan Negeri Maju pada tahun 2005 lalu oleh Menteri Besarnya Dr Mohd Khir Toyo, ternayata Dasar Selangor Menuju Wawasan Syumul 2005 yang diilhamkan oleh beliau sukar untuk direalisasikan.

Mungkin ia terlalu tinggi, mungkin ia terlalu idealis atau mungkin juga angan-angan kosong yang retorik semata-mata.

Khir dalam dasarnya menyebut bahawa Selangor Maju Syumul yang beliau impikan adalah Selangor yang membangun seimbang ROHANI dan JASMANI. Dan dalam hal urus tadbir kerajaan negeri dalam dasar itu, beliau telah menyembahkan Konsep PENTADBIRAN MESRA RAKYAT dimana beliau pernah berikrar kepada DYMM Tuanku (yang ketika itu Pemangku Raja) pada 25 Ogos 2000, bahawa kerajaannya akan meningkatkan hubungan dua hala KERAJAAJN dan RAKYAT.

Kata beliau dalam hal PENTADBIRAN MESRA RAKYAT ini beliau akan mewujudkan UNIT MESRA RAKYAT disemua peringkat termasuklah PBT.

Lalu hari ini bagaimana?

Sejak kes serbuan Polis Bukit Aman terhadap premis judi di Sekinchan yang dilesenkan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam, Khir mula menyedari bahawa kawalannya terhadap PBT seluruh Selangor sesungguhnya lemah dan tidak HANDS ON. Malah ada yang beranggapan dalam kes PBT di Selangor pada hari ini seolah ada kerajaan dalam kerajaan.

Khir begitu berang sehingga dalam UTUSAN hari ini dilaporkan bahawa beliau akan menghadiahkan PENYAPU kepada PBT Selangor yang gagal mencapai piawaian yang beliau selaku MB tetapkan. Menurut Khir ada pihgak PBT yang KOTOR lalu perlu dihadiahkan PENYAPU agar mereka ini membersihkan urusan mereka masing-masing.

Pihak pihak TRANSPARENCY INTERNATIONAL mengeluarkan laporan berkenaan PBT di Selangor yang didapati korup dan menyeleweng, namun ketika itu Khir dan kerajaan negeri anggapnya sebagai satu agenda jahat (termasuklah dari Barat kononnya) untuk memburukkan beliau.

Kini ternyata rakyat jelata sendiri akui bahawa PBT di Selangor rata-rata bermasalah. Khir selaku MB seharusnya menyerahkan juga PENYAPU kepada anggota EXCOnya, ADUN-ADUN dan lebih-lebih lagi ahli-ahli majlisnya yang semuanya merupakan orang-orang politik yang dilantik untuk memimpin PBT-PBT ini dengan sokongan kakitangan kerajaan.

Kalaulah pentadbiran PBT longgar dan korup, apakah pernanan ahli-ahli majlis yang perlantikannya semua di ENDORSE oleh Menteri Besar? Ada dikalangan ADUN yang duduk sebagai ahli majlis, Ketua-ketua Bahagian Umno, MCA, MIC, Gerakan, apakah mereka ini makan elaun buta belaka duduk dalam majlis-majlis PBT ini?

Khir jangan selalu menyalahkan orang lain, sedarlah satu jari telunjuk memang terarah kepada kambing-kambing hitamnya akan tetapi tiga jari lain sesungguhnya menuding ke arah mukanya sendiri!

Ternyata jangankan ROHANI rakyat, ROHANI pimpinan Umno dan BN Selangor diberbagai peringkat tidak berjaya dimajukan dalam Selangor Maju yang Syumul ciptaan Khir ini. Saya yakin ahli-ahli majlis Umno dan BN inilah sebenarnya yang banyak meroskakkan pentadbiran PBT-PBT seluruh Selangor apabila mereka lebih mementingkan diri dan kedudukan dari kebajikan dan nasib rakyat. Perisitiwa di MPK yang membabitkan ahli-ahli majlis diketuai Zakaria Md Deros adalah satu contoh yang sangat jelas.

Apabila ahli-ahli majlis sudah KOTOR maka akan terpalit jugalah KEKOTORAN itu kepada pimpinan dan kakitangan PBT yang lain. Dan Khir selaku Ketua Pentadbir Negeri tidak boleh berselindung disebalik sebatang PENYAPU untuk melepaskan dirinya, saya menjangkakan rakyat sedang memerhatikan beliau dengan penuh prihatin dan apabila tiba masanya nanti PENYAPU itulah yang akan rakyat gunakan untuk menyapu keluar semua yang kotor-kotor di Selangor ini termasuklah Khir sendiri.

No comments: