Saturday, February 10, 2007

Jangan belai iblis tetapi belailahlah rumah urut

Sekali lagi saya terpanggil untuk memberikan reaksi terhadap kenyataan MB Selangor Dr Mohd Khir Toyo dan sekali lagi ianya berkenaan rumah-rumah urut di Selangor.

Semalam dalam ruangan METRO akhbar THE STAR dilaporkan:

Selangor Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo said at present most premises offered massage services in cubicles or rooms.

This is against the law. I dont see why massage services must be conducted in rooms or compartments when the law says the premises must be open, he said, adding that the government was intent on issuing closure orders against centres that continued to provide services in rooms or cubicles.

We have come across outlets that claim to offer foot reflexology services but the service is conducted in rooms. I dont know why this is so, he said.

Dr Khir said he had made several spot checks on massage parlours during the ongoing state-wide operation against massage parlours.

He said he was shocked to find out that most of the premises did not comply with regulations.
One centre even hands out condoms to all their customers who go there for a massage. What massage are they offering? I dont want massage parlours to be turned into vice dens.


Bagi saya kenyataan ini membuktikan hujah saya sebelum ini betapa MB dan kerajaan negeri bermasalah dan tidak mampu menghadapi gelombang maksiat taukeh-taukeh rumah-rumah jahanam ini.

Soalnya mengapa MB tidak memiliki kekuatan untuk mengharamkan sahaja rumah-rumah urut yang beroperasi seperti ini. Haramkan terus kegiatan urut lelaki oleh wanita, susahkah? Kita wajib menangani maksiat seumpama ini, lalu tiada guna kita menunjuk belang tetapi dalam waktu yang sama seolah bersembunyi disebalik belang-belang kita itu.

Sebagai MB beliau berkuasa penuh dalam hal ini, penemuan-penemuan di atas sudah cukup sebagai bukti bahawa rumah-rumah urut di Selangor sesungguhnya adalah rumah-rumah maksiat. Jika kerajaan negeri Kelantan boleh mengharamkan lessen-lesen seumpama ini, apakah pula yang menghalang Khir?

Perhatikan petikan berikut:

Kehebatan iblis tidak boleh kita sekali-kali ambil ringan. Tetapi bagi kita yang bersandar pada kebesaran Allah swt, kita yangs entiasa mencari jalan untuk memperbaiki diri kita, kita yang sentiasa berwaspada dan mementingkan kesepaduan ibarat BUNYANUM-MARSUS (bangunan kukuh), kita tidak perlu gentar berlebihan pada iblis, melainkan jika kita membelai dan melayan sifat-sifat mazmumah yang ia ingin tanam dalam diri kita.

Anehnya yang telah mengeluarkan ucapan di atas adalah Khir sendiri pada 6 November 2000 dahulu dalam satu majlis perhimpunan ahli-ahli JKKK seluruh Selangor. Jadi dalam kes rumah urut ini bagaimana? Siapakah yang sebenarnya membelai dan melayan iblis ini sebenarnya?

0 comments: